Blog Peribadi atau Perniagaan
Blog adalah media yang amat berkuasa dan memberi faedah yang besar kepada pengetahuan dan penyelesaian.
Beribu-ribu pengunjung dari setiap ruang lingkup kehidupan dahagakan maklumat untuk sesuatu yang memerlukan jawapan. Apabila anda yang mahir tentang sesuatu dapat memberikan maklumat itu, ia mewujudkan ikatan jaringan dalam komuniti dan seterusnya dalam perniagaan.
Blog dapat berfungsi dalam pelbagai bentuk, sama ada anda ingin sebuah diari yang menceritakan tentang kehidupan anda, sebuah e-learning yang memberi maklumat khusus kepada pengunjung yang mencari maklumat yang secara langsung meningkatkan kemahiran anda serta menjual perkhidmatan anda. Sebagai sebuah laman web komuniti yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memberi komen serta pendapat.
Blog adalah media yang dinamik di mana penulis berinteraksi dengan pembaca dalam suasana santai dan kadangkala mencabar bagi topik yang serius.


